LG G2 Mini Diperkenalkan – Skrin 4.7-inci Dan Butang Fizikal Di Belakang

LG G2 Mini Diperkenalkan – Skrin 4.7-inci Dan Butang Fizikal Di Belakang

Diterbitkan pada Feb 19, 2014 oleh .

LG sebelum ini telah memperlihatkan sebuah gambar teaser ringkas untuk LG G2 Mini, dan hari ini mereka dilihat telah pun mengumumkannya, serta akan mempertontonkan peranti tersebut kepada umum pada acara Mobile World Congress minggu hadapan.

LG G2 Mini

LG G2 Mini menyertakan skrin bersaiz 4.7-inci IPS LCD dengan resolusi 540×960 pixel, cip pemprosesan empat-teras 1.2GHz, memori 1GB RAM, kamera belakang 8-megapixel, kamera hadpaan 1.3-megapixel serta sokongan rangkaian 4G LTE.

LG dilihat turut menyertakan Android 4.4 KitKat pada peranti ini, selain beberapa penambahan daripada pihak LG, seperti fungsi Guest Mode dan beberapa yang lain.

Telefon pintar ini turut dilihat akan menyertakan sokongan dwi-SIM, serta akan dipasarkan bermula bulan hadapan. Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi sama ada LG G2 Mini akan memasuki pasaran Malaysia ataupun sebaliknya – memandangkan LG G2 sendiri belum dilancarkan di Malaysia sehingga kini.


TIPS & ULASAN