Samsung Galaxy S5 Mungkin Kalis Daripada Air Dan Debu

Samsung Galaxy S5 Mungkin Kalis Daripada Air Dan Debu

Diterbitkan pada Feb 19, 2014 oleh .

Samsung bakal mengadakan acara Unpacked 5 mereka pada minggu hadapan, tetapi seperti kebanyakkan telefon pintar, pelbagai info telah tertiris sedikit demi sedikit. Kini, mengikut desas-desus baru, Galaxy S5 dikatakan akan membawakan rekaan kalis air dan debu – lebih kurang seperti peranti dari Sony.

Sebelum ini, Samsung turut telah memperkenalkan Galaxy S4 dalam variasi kalis air dan debu dengan peranti yang dipanggil Galaxy S4 Active. Namun, mengikut desas-desus baru ini, peranti Galaxy S5 versi asal dijangka akan membawakan sokongan tersebut.

Samsung Galaxy S4 Active

Sekiranya perkara ini benar, maka semestinya ramai pengguna mengemarkannya, sekaligus membolehkan ia digunakan pada pelbagai keadaan cuaca dan sebagainya.

Apa pun, seperti biasa ia hanya desas-desus awal sahaja, dan sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi Samsung pada acara Mobile World Congress minggu hadapan.


TIPS & ULASAN