Cari @ Amanz

Pada awal hari ini, kami telah berkongsi salah satu eksploit untuk HyppTV yang hadir daripada pembangun tempatan. Seperti biasa, semestinya salah satu soalan yang ditanya ramai adalah bagaimana menggunakannya, dan harap artikel ini dapat membantu.

  • Amaran
  • Segalanya perlulah dilakukan atas risiko sendiri. Ia akan menamatkan jaminan untuk HyppTV anda, dan kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakkan.
Kegunaan

Mungkin ada yang tertanya-tanya apakah kegunaan eksploit ini. Salah satu kegunaannya adalah untuk memasang aplikasi Android pada HyppTV, dan menggunakan ia melaluinya.

Versi asal HyppTV menghalang sokongan tersebut, dan perkara tersebut perlu dilakukan menggunakan eksploit seperti ini.

Persediaan

Untuk menggunakan eksploit ini, pengguna memerlukan HyppTV Box yang menggunakan Huawei EC6106V5. Versi sebelum ini tidak boleh digunakan.

TM HyppTV

Sebuah storan USB pada saiz sekitar 4GB. Pengguna perlu format ia sebagai FAT32/FAT untuk digunakan bersama.

Pemasangan

Langkah Pertama

Pertama sekali, sebelum memulakannya, pengguna perlulah memuat-turun eksploit untuk HyppTV berkenaan.

Pembangunnya telah menyediakan versi yang menyertakan Google Framework, yang mana memudahkan anda untuk memasang aplikasi terus daripada Google Play Store.

Untuk pengguna yang inginkan lebih teknikal dan menyertakan aplikasi sendiri, boleh mendapatkan fail eksploit asal untuknya.

Langkah Kedua

Namakan semula fail gapps-hypptv.zip yang dimuat-turun tadi kepada update.zip. Masukkannya ke dalam storan USB anda yang telah diformatkan sebagai FAT pada fasa persediaan tadi.

Langkah Ketiga

Pasangkan storan USB tersebut ke HyppTV anda. Matikan HyppTV Set-Top Box anda. Anda boleh melakukannya dengan menekan butang OFF/ON pada bahagian belakang HyppTV STB anda.

Seterusnya, menggunakan alat kawalan HyppTV STB, mulakan semula HyppTV anda dan tekan butang ON untuk seketika (press + hold).

HyppTV Controller

Sekiranya tepat, anda akan dapat melihat suatu skrin seperti berikut;

HyppTV Eksploit

Langkah Keempat

Menggunakan alat kawalan anda, pilih menu “Apply Update from External Storage.

Seterusnya pilih fail update.zip.

HyppTV Eksploit

Pastikan anda tidak mematikan HyppTV STB anda ketika proses penaik-tarafan dilakukan. Setelah ia selesai, HyppTV anda akan dimulakan semula secara automatik.

Langkah Kelima

Sebaik sahaja ia dimulakan semula, anda akan dapat melihat Play Store dan beberapa yang lain pada menu My Applications.

HyppTV Eksploit

HyppTV Eksploit

HyppTV Eksploit

Sekiranya Gagal?

Sekiranya anda gagal ataupun HyppTV gagal berfungsi seperti biasa, anda boleh melakukan langkah pertama hingga ketiga kembali, dan memilih Factory Reset pada menu pilihan.

Masalah Yang Diketahui

Antara masalah yang diketahui buat masa ini adalah dimana tidak semua aplikasi yang berjalan dengan lancar. Beberapa berfungsi dengan lancar seperti aplikasi YouTube dan sebagainya. Namun, masih terdapat beberapa aplikasi yang tidak berfungsi dan sebagainya.

HyppTV Eksploit

Kredit

Terima kasih kepada Akif Rabbani yang menjumpai perkara ini dan berkongsi bersama yang lain. Terima kasih juga kepada Pradeesh yang berkongsi tutorial pemasangan eksploit ini.

Bagi anda yang inginkan tutorial dalam bahasa Inggeris boleh rujuk ke nukilan asal Pradeesh di laman blog beliau.

Akif Rabbani boleh dihubungi melalui Twitter di @akifrabbani, dan Pradeesh di @prasys.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd