Dengan pelbagai gambar yang sedia tertiris untuk peranti HTC M8 sebelum ini, kini imej akhir untuk peranti berkenaan hadir, sekaligus memberikan gambaran yang lebih jelas untuk peranti yang bakal diperkenalkan itu.
HTC One 2014 ini dijangka akan diperkenalkan pada 25 Mac 2014 kelak, dimana daripada apa yang dilihat, ia akan menyertakan sokongan dwi-kamera pada bahagian belakang, disamping mengekalkan fungsi dwi-speaker hadapan seperti sebelumnya.
Sokongan butang maya atas skrin turut hadir, namun logo HTC pada bahagian bawah peranti dilihat agak menganggu dan tidak disukai ramai.
Fungsi-fungsi baru yang akan dibawakan olehnya masih tidak diketahui. Semestinya salah satu perkara yang ingin diketahui ramai adalah sokongan dwi-kamera yang dibawakan peranti ini.
Apa pun, sama-sama kita nantikan tarikh 25 Mac kelak untuk pengumuman rasmi pihak HTC berkenaan dengannya.