Lanjutan daripada video memperlihatkan fungsi papan kekunci seumpama swype sebelum ini, kini UnleashThePhones hadir dengan satu lagi video baru, menunjukkan fungsi Action Centre secara ringkas.
Action Centre membolehkan pengguna melihat notifikasi daripada pelbagai aplikasi, disamping mengakses beberapa menu tetapan dengan pantas. Untuk mengaksesnya, pengguna hanya perlu menarik sebuah menu khas dengan menatal dari atas skrin ke bawah.
Pengguna juga dilihat boleh mengawal sokongan apa yang ingin diperlihatkan, disamping mengubah cara aplikasi berinteraksi dengan Action Centre ini.
Windows Phone 8.1 dijangka akan diumumkan oleh Microsoft sekitar April kelak, sebelum ia diperkenalkan kepada umum sekitar Ogos tahun ini.