Google Maps Baru Mula Diperkenalkan Kepada Semua Pengguna Desktop

Google Maps Baru Mula Diperkenalkan Kepada Semua Pengguna Desktop

Diterbitkan pada Feb 20, 2014 oleh .

Google telah menguji paparan baru untuk Google Maps, dalam fasa Preview sejak daripada tahun lepas. Kini, nampaknya mereka telah bersedia membawa ia ke tahap seterusnya dengan mengaktifkan sokongan paparan baru ini kepada semua pengguna.

Google Maps baru ini membawakan paparan skrin penuh, disamping memudahkan lagi proses pencarian dan penemuan lokasi menarik di seluruh dunia. Pada masa yang sama, pengguna turut boleh mengakses kepada pelbagai gambar dan juga paparan untuk sesuatu lokasi dengan mudah melalui Google Maps baru ini.

Kemaskini ini akan diperkenalkan secara berperingkat kepada semua pengguna desktop seluruh dunia.

Jadi, apa pandangan anda berkaitan paparan baru Google Maps ini?


TIPS & ULASAN