Samsung Bakal Memperlihatkan Inovasi Baru Pada Cip Exynos Di Barcelona

Samsung Bakal Memperlihatkan Inovasi Baru Pada Cip Exynos Di Barcelona

Diterbitkan pada Feb 20, 2014 oleh .

Selain daripada pengumuman peranti mudah-alih baru, pada MWC 2014 yang akan diadakan minggu hadapan juga, pihak Samsung dilihat akan berkongsi info mengenai cip pemprosesan Exynos terbaru daripada mereka.

Exynos Infinity

Berkongsi melalui akaun Twitter rasmi, pihak Samsung mengatakan mereka akan membawakan inovasi terbaru mereka melalui cip Exynos terbaru. Nama “Exynos Infinity” turut digunakan pada gambar promosi yang dikongsikan Samsung.

Apakah yang akan dibawakan oleh cip pemprosesan terbaru tersebut masih menjadi tanda tanya. Mengikut spekulasi ramai sebelum ini, Samsung dikatakan akan memperkenalkan cip Exynos 64-bit. Sama ada ia benar ataupun sebaliknya, mungkin perkara tersebut akan terjawab pada acara Mobile World Congress yang dijadualkan bermula Isnin hadapan.


TIPS & ULASAN