Cari @ Amanz

Lanjutan daripada beberapa gambar sebelum ini, hari ini beberapa gambar baru hadir, sekaligus memperlihatkan bukan sahaja telefon pintar Android daripada Nokia, tetapi turut sama menunjukkan antaramuka Metro seumpama pada Windows Phone.

Paparan antaramuka yang ditunjukkan juga memperlihatkan beberapa perkara yang akan hadir diintegrasikan sama, seperti Nokia HERE Maps, dan juga Nokia Store.

Nokia X

Nokia X

Nokia X

Nokia X

Mengikut beberapa info tertiris sebelum ini, telefon pintar Nokia X ini dikatakan akan menggunakan cip dwi-teras 1GHz dan memori 512MB RAM, serta dilengkapi Android 4.4 KitKat.

Nokia menjadualkan acara media mereka pada hari Isnin hadapan di Barcelona, dan seperti biasa kami akan membawakan kemaskini semasa berkaitan dengannya daripada acara berkenaan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd