Microsoft Memperkenalkan Office Online Di Office.com

Microsoft Memperkenalkan Office Online Di Office.com

Diterbitkan pada Feb 20, 2014 oleh .

Selain penjenamaan semula SkyDrive kepada OneDrive, pihak Microsoft juga turut sama mengumumkan penjenamaan semula Office Web Apps kepada Office Online pada hari ini. Bersama-sama dengannya, mereka turut memperkenalkan kemaskini kepada laman Office.com untuk memudahkan pengguna untuk mengakses perkhidmatan atas-talian mereka tersebut.

Office Online

Office Online membolehkan pengguna mengakses dan membuat penyuntingan dokumen terus melalui pelayar web tanpa perlu memasang perisian Microsoft Office pada komputer mereka. Dengan lebih ramai menggunakan hanya pelayar web untuk pelbagai urusan harian, semestinya perkara ini amat diminati ramai.

Microsoft mengatakan mereka menjenamakan semula Office Web Apps kepada Office Online kerana ramai pengguna yang keliru dengan penggunaan nama sebelum ini.

Untuk menggunakan Office Online, pengguna hanya memerlukan akaun Microsoft, dan boleh log masuk ke Office.com dalam menggunakan perkhidmatan seperti Word Online, Excel Online, PowerPoint Online dan juga OneNote Online. Perkhidmatan sama juga turut boleh diakses melalui OneDrive.

Layari : Office Online


TIPS & ULASAN