Cari @ Amanz

Lanjutan daripada gambar HTC One baru yang tertiris semalam, kini dua lagi gambar hadir, memperlihatkan pilihan peranti HTC One 2014 dalam variasi warna kelabu dan juga perak.

HTC One 2014

HTC One 2014

Ini sekaligus memperlihatkan pihak HTC akan menawarkan peranti berkenaan dalam tiga pilihan warna, iaitu kelabu, perak, dan juga emas.

HTC One 2014 ini dijangka akan diperkenalkan oleh HTC pada 25 Mac 2014 kelak. Dengan tempoh lebih kurang sebulan lagi, mungkin kita akan dapat mengetahui beberapa fungsi baru yang akan dibawakan HTC melaluinya dan bagaimanakah dwi-kamera pada bahagian belakang berfungsi.

Disamping itu, pihak @evleaks turut berkongsi mengenai satu lagi peranti baru yang bakal diperkenalkan, dimana dilabelkan sebagai HTC A5. Ia bakal dilengkapi cip empat-teras 1.6Ghz, skrin bersaiz 5.5-inci 720p, memori 1.5GB RAM, kamera belakang 13-megapixel, kamera hadapan 5-megapixel, sokongan BoomSound dan juga menggunakan antaramuka HTC Sense 6.0. Beberapa spekulasi mengatakan ia berkemungkinan peranti HTC Desire 8 yang tertiris sebelum ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd