Oral-B Akan Hadir Dengan Berus Gigi Pintar Berasaskan Bluetooth

Oral-B Akan Hadir Dengan Berus Gigi Pintar Berasaskan Bluetooth

Diterbitkan pada Feb 20, 2014 oleh .

Sebelum ini, kita pernah lihat salah satu berus gigi pintar diperlihatkan daripada syarikat Kolibree pada CES 2014 lepas. Menariknya, selain syarikat berkenaan, Procter & Gamble yang popular dengan jenama Oral-B juga turut dilihat akan memperkenalkan berus gigi pintar mereka.

Oral-B

Berus gigi pintar berkenaan akan dihubungkan ke aplikasi di telefon pintar menggunakan Bluetooth, dimana ia akan merekodkan pelbagai proses memberus gigi anda, dan memberikan notifikasi berkenaan bahagian mulut yang tidak dibersihkan.

Ia juga akan menyediakan rutin harian yang terbaik untuk anda memberus gigi, dan memastikan kesihatan gigi anda terjaga.

Oral-B dijangka akan memperlihatkan berus gigi pintar mereka di Barcelona minggu hadapan. Berkemungkinan kita akan dapat melihat ia hadir ke pasaran seluruh dunia tidak lama selepas itu.


TIPS & ULASAN