Waze Untuk Android Kini Hadir Dengan Sokongan Integrasi Kalendar

Waze Untuk Android Kini Hadir Dengan Sokongan Integrasi Kalendar

Diterbitkan pada Feb 20, 2014 oleh .

Waze KalendarGoogle hari ini telah mengeluarkan kemaskini baru untuk Waze bagi pengguna Android, dimana bersama-sama dengannya, salah satu fungsi baru yang turut diintegrasikan adalah sokongan kalendar.

Untuk menggunakannya, pengguna perlu mengaktifkan sokongan integrasi kalendar pada halaman Settings, dan ia akan mula memaparkan jadual perjalanan anda dan temujanji terus di Waze.

Ia sekaligus akan memudahkan anda membuat perancangan perjalanan menggunakan Waze, sekaligus mengelakkan anda lewat tiba di destinasi. Sokongan ini sedia terdapat pada Google Now, dan ia sesuatu yang menarik untuk melihat Google membawanya ke Waze.

Fungsi sama turut dijangka akan hadir ke Waze untuk iOS tidak lama lagi.

Muat-Turun Waze untuk Android


TIPS & ULASAN