Cari @ Amanz

Google hari ini memperkenalkan sebuah projek dalaman baru mereka, dinamakan sebagai Project Tango. Ia dilihat misi utama untuk Project Tango ini adalah membolehkan peranti mudah-alih menggunakan sensor khas dalam memahami gerakan dan juga ruangan di sekeliling manusia.

Untuk menjayakannya, Project Tango bereksperimen dengan sebuah peranti prototaip bersaiz 5-inci yang mana menyertakan sensor dan perisian khas yang direkabentuk untuk mengesan keadaan 3D sekeliling peranti berkenaan, sekaligus membuat peta persekitaran untuknya.

Google Project Tango

Ia dikatakan sensor yang terbina pada peranti ini merakamkan suku juta sukatan 3D pada setiap saat, sekaligus mengemaskini kedudukannya dalam bentuk masa-nyata. Dengan mengabungkan pelbagai data yang dikumpulkan sensor tersebut, ia hadir dengan sebuah model 3D berkenaan ruangan disekeliling pengguna.

Mungkin ramai yang akan tertanya-tanya apakah kegunaan sensor dan juga perisian yang dibangunkan Project Tango ini, dan kebaikkannya kepada pengguna.

Daripada apa yang dilihat, ia akan memudahkan beberapa perkara, termasuk gerakan ke sesuatu lokasi (yang mana jitu sehingga ke sesuatu tingkat di bangunan). Pada masa yang sama, ia juga akan memudahkan pengguna untuk mencari barangan yang tepat untuk ruangan dirumah atau pejabat mereka, dan pada masa yang sama membantu mereka yang mempunyai masalah penglihatan.

Google turut memperlihatkan potensi untuk menggunakannya dalam bentuk permainan maya yang mengabungkan ruangan sekeliling pengguna didalam permainan tersebut.

Seperti biasa, Project Tango ini hanya pada tahap eksperimental buat masa ini, dan tiada perancangan untuk pengenalan komersial buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd