Google Menamatkan Currents – Beralih Sepenuhnya Kepada Newsstand

Google Menamatkan Currents – Beralih Sepenuhnya Kepada Newsstand

Diterbitkan pada Feb 21, 2014 oleh .

Google hari ini telah memperkenalkan kemaskini kepada aplikasi Google Currents untuk Android, yang mana sekaligus menamatkan aplikasi tersebut dan membawa pengguna untuk memasang aplikasi Google Play NewsStand.

Google Play Newsstand

Google Play NewsStand telah diperkenalkan beberapa bulan sebelum ini, yang mana memfokuskan kepada aplikasi setempat untuk mengikuti pelbagai kandungan kegemaran anda untuk setiap hari. Menggunakan NewsStand juga, pengguna boleh melanggan kepada laman-laman kegemaran mereka di Currents dengan mudah.

Buat masa ini, kemaskini ini hanya memberikan impak kepada pengguna Android sahaja, sementara aplikasi Google Currents untuk iOS masih terdapat di Apple AppStore, dan boleh dimuat-turun pengguna. Perkara ini mungkin kerana pihak Google masih belum menerbitkan aplikasi Newsstand untuk iOS buat masa ini.

Muat-Turun Currents untuk iOS

Muat-Turun Google Play Newsstand untuk Android


TIPS & ULASAN