Cari @ Amanz

DellSokogan pengecasan tanpa wayar telah diintegrasikan pada beberapa telefon pintar sebelum ini, dan nampaknya ia akan turut diintegrasikan pada beberapa peranti elektronik lain dari masa ke semasa.

Terkini, Alliance for Wireless Power (A4WP), salah satu badan yang memantau piawaian untuk pengecasan tanpa-wayar mengumumkan penyertaan Dell sebagai salah satu ahli.

Dengan penyertaan Dell, inisiatif untuk membawa sokongan pengecasan tanpa-wayar ke komputer riba turut diumumkan. Inisiatif baru ini dikatakan akan membolehkan pengecasan peranti pada kadar 2- ke 50 watt.

Tiada sebarang tarikh diberikan berkenaan bila kita akan melihat suatu komputer riba dari Dell dengan sokongan tersebut.

Jadi, bagi anda – Apa kata anda berkenaan dengan sokongan pengecasan tanpa wayar pada komputer riba?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd