Cari @ Amanz

Google sedia membawa pelbagai lokasi-lokasi menarik dalam bentuk Street View – untuk memudahkan pengguna seluruh dunia melawat sesuatu tempat terus menggunakan pelayar web mereka. Terkini, mereka menambah Taj Mahal ke senarai bangunan yang disokong dengan Street View.

Taj Mahal

Taj Mahal yang terletak di India disenaraikan sebagai antara tujuh keajaiban di dunia, sekaligus membuatkan ramai yang ingin melawatnya.

Dengan bumbung, kubah dan menara yang diperbuat daripada marmar putih, serta seni mozek yang indah, Taj Mahal merupakan salah satu daripada Tujuh Benda Ajaib di dunia. Sebanyak 43 jenis batu permata, termasuknya berlian, jed, kristal, topaz dan nilam telah digunakan. Pembinaan Taj Mahal menelan masa selama 22 tahun.[Wikipedia]

Bagi anda yang ingin melawatnya hari ini terus melalui pelayar web anda, boleh ke laman Google Maps Street View, dan melihat Taj Mahal dengan lebih dekat lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd