YouTube Menerima Kemaskini Antaramuka Dengan Fokus Pada Playlist

YouTube Menerima Kemaskini Antaramuka Dengan Fokus Pada Playlist

Diterbitkan pada Feb 21, 2014 oleh .

YouTube hari ini mula memperkenalkan kemaskini antaramuka secara berperingkat, dimana ia kini membawakan rekaan yang mengambil lebih banyak elemen “cards” yang semakin sinonim dengan Google.

YouTube

Pada masa yang sama, YouTube baru ini juga memfokuskan kepada playlist, memudahkan lagi pengguna untuk mengikuti siri video berterusan pada YouTube, dan menghabiskan masa yang lebih lama di laman video berkenaan.

Pada masa yang sama, beberapa ikon baru turut diperkenalkan YouTube pada bahagian kiri laman, dan bahagian utama lama kini di letakkan pada bahagian tengah, dan bukannya ke arah kiri seperti sebelum ini.

Google mengatakan kemaskini antaramuka baru ini akan diperkenalkan secara berperingkat kepada semua pengguna seluruh dunia.


TIPS & ULASAN