Cari @ Amanz

Netflix, Hulu & Pandora antara laman yang menawarkan perkhidmatan hiburan yang berkualiti di arena internet hari ini. Malangnya akses kepada laman-laman ini masih diterhadkan kepada beberapa buah negara sahaja dan sekiranya anda memainkan salah satu saluran pada Hulu.com misalnya, anda akan disajikan paparan seperti ini.

Hulu Restricted-resize

Terdapat banyak cara membolehkan anda mengakses laman-laman tersebut dan salah satunya dijayakan dengan hanya memasang pemalam (extension) sahaja pada pelayar web anda.

Pemalam Media Hint daripada Garage 48 membolehkan anda mengakses laman-laman seperti Netflix, Hulu & Pandora di kesemua negara termasuk Malaysia.

Melalui Media Hint, pengguna kini boleh mengakses terus laman-laman tersebut dengan mudah tanpa mengubah sebarang tetapan internet dan menariknya, ia ditawarkan secara percuma.

South Park-resize

Perkara ini semestinya memberikan kelebihan kepada pengguna untuk melanggan saluran di Netflix dan menonton rancangan menarik seperti Family Guy & South Park di laman Hulu.com.

Pemalam Media Hint ditawarkan bagi pengguna Google Chrome dan Mozilla Firefox dan boleh dimuat-turun melalui laman pautan di bawah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd