Kemaskini Terbaru WhatsApp Membolehkan Pengguna Android Mematikan Fungsi “Last Seen”

Kemaskini Terbaru WhatsApp Membolehkan Pengguna Android Mematikan Fungsi “Last Seen”

Diterbitkan pada Feb 22, 2014 oleh .

Dengan pengumuman Facebook yang bakal mengambil-alih WhatsApp, hari ini syarikat permesejan gergasi dunia ini mengemaskini aplikasi WhatsApp mereka dengan menghadirkan fungsi terbaru kepada pengguna Android.

Beberapa laporan mengatakan kemaskini WhatsApp untuk Android melalui versi 2.11.169 membolehkan pengguna mematikan fungsi “last seen” daripada dilihat terus oleh senarai kenalan pengguna.

WhatsApp Last Seen

Melalui fungsi ini, pengguna diberikan pilihan sama ada untuk menyah-aktifkan fungsi “last seen” daripada kesemua rakan kenalan atau mahu dinyah-aktifkan daripada sesetengah pengguna sahaja. Turut hadir bersama pilihan untuk mematikan “last seen” daripada dilihat oleh orang yang tidak kenali terutamanya orang yang tidak tersenarai dalam senarai kenalan telefon pintar pengguna.

Last Seen Whatsapp-2

Fungsi ini telah sedia berada pada WhatsApp untuk iOS dan kini pengguna Android turut berpeluang untuk mematikan fungsi ini melalui halaman Settings > Account > Privacy.

Walau bagaimanapun, kemaskini WhatsApp ini masih tidak kelihatan di Google Play Store dan buat masa ini hanya boleh didapati melalui laman rasmi WhatsApp.

Bagi pengguna Android yang berminat, boleh memuat-turun fail APK terkini WhatsApp melalui pautan di bawah.

Muat-turun: Kemaskini WhatsApp untuk Android


TIPS & ULASAN