Cari @ Amanz

BlackBerry dalam usaha untuk terus menarik pengguna menggunakan perkhidmatan mereka dengan lebih aktif, dilihat memperkenalkan penambahan satu demi satu fungsi baru pada perkhidmatan BBM. Terkini mereka mengumumkan sokongan sticker di BBM.

BBM Sticker

Melaluinya, seperti pada aplikasi permesejan lain, pengguna boleh menghantar dan juga menerima beberapa gambar watak comel dengan ekspresi berbeza-beza.

Blackberry mengatakan sokongan BBM Stickers ini telah memasuki fasa beta buat masa ini, dan akan diperkenalkan tidak lama lagi kepada pengguna BBM seluruh dunia.

Mungkinkah ini akan membuatkan anda untuk menggunakan aplikasi permesejan BBM dengan lebih aktif?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd