Nokia Here Maps Akan Hadir Ke Semua Peranti Windows 8.1

Nokia Here Maps Akan Hadir Ke Semua Peranti Windows 8.1

Diterbitkan pada Feb 22, 2014 oleh .

Pihak Nokia sebelum ini telah memperkenalkan aplikasi pemetaan Nokia Here Maps mereka untuk Windows 8. Namun, ia hanya terhad kepada pengguna tablet Lumia 2520 sahaja. Namun, ia dilihat akan berubah tidak lama lagi.

HERE Maps

Nokia hari ini dilihat mengumumkan yang mana mereka akan melancarkan dan memperkenalkan aplikasi HERE Maps mereka untuk semua pengguna Windows 8.1. Ia sekaligus akan memberikan alternatif lain selain daripada Bing Maps yang ditawarkan untuk Windows 8.1.

Menggunakan HERE Maps, ia menawarkan perkhidmatan pemetaan, paparan gambar dalam bentuk 3D, perancangan arah perjalanan, dan pelbagai fungsi menarik yang lain.

Sokongan peta offline juga turut disediakan, membolehkan pengguna untuk memuat-turun data peta, dan menggunakannya ketika berada di luar kawasan tanpa akses internet dan sebagainya.

Tiada tarikh pasti diberikan buat masa ini. Pengenalan HERE Maps ini untuk Windows 8.1 dilihat akan diperkenalkan secara berperingkat kepada pengguna mengikut rantau negara mereka.


TIPS & ULASAN