Teaser Baru Samsung Unpacked 5 Memperlihatkan Fungsi Yang Akan Disertakan Pada Galaxy S5

Teaser Baru Samsung Unpacked 5 Memperlihatkan Fungsi Yang Akan Disertakan Pada Galaxy S5

Diterbitkan pada Feb 22, 2014 oleh .

Samsung Wet5Samsung bakal mengadakan acara Unpacked 5 pada pagi Selasa ini (25 Februari, pukul 3.00 pagi waktu Malaysia), dimana salah satu peranti yang dijangka akan diperkenalkan pada hari tersebut adalah Samsung Galaxy S5.

Beberapa info berkenaan dengan Samsung Galaxy S5 sedia kedengaran sejak beberapa hari yang lepas, dan melalui sebuah video teaser baru yang diterbitkan Samsung, ia menunjukkan beberapa fungsi yang bakal disertakan sama dengan peranti berkenaan kelak.

Pada video sama juga, Samsung turut dilihat menambah kata “Wet5” yang mana sekaligus memberikan petanda untuk telefon pintar kalis air daripada mereka.

Seperti biasa, kami akan membawakan kemaskini langsung daripada Samsung Unpacked 5 ini pada awal pagi Selasa ini.


TIPS & ULASAN