Sony Menerbitkan Video Teaser Untuk MWC – Pengumuman Pada 24 Februari

Sony Menerbitkan Video Teaser Untuk MWC – Pengumuman Pada 24 Februari

Diterbitkan pada Feb 22, 2014 oleh .

Selain daripada Samsung, Nokia dan lain-lain, pihak Sony turut tidak ketinggalan, dimana mereka bakal memperlihatkan beberapa produk baru mereka pada acara berkenaan. Untuk menarik perhatian pengguna, kini mereka telah menerbitkan sebuah video khas untuknya pada laman YouTube rasmi mereka.

Mengikut spekulasi sebelum ini, Sony dijangka akan mengumumkan Xperia Z2 pada acara berkenaan, disamping mungkin turut hadir dengan Xperia Tablet Z generasi baru pada acara yang sama.

Video selama 15 saat yang diterbitkan itu hanya mengatakan sesuatu yang menakjubkan akan hadir daripada Sony, tanpa memberikan sebarang maklumat lanjut mengenainya.

Apa pun, sama-sama kita nantikan tarikh 24 Februari ini untuk melihat apakah yang akan diumumkan oleh pengeluar peranti elektronik terkemuka tersebut.


TIPS & ULASAN