Microsoft Dilaporkan Akan Mengurangkan Kos Pelesenan Windows

Microsoft Dilaporkan Akan Mengurangkan Kos Pelesenan Windows

Diterbitkan pada Feb 22, 2014 oleh .

Kos pelesanan untuk sistem operasi Windows boleh dikatakan agak mahal berbanding beberapa sistem operasi alternatif yang lain. Kini, mengikut laporan Bloomberg, ia dikatakan Microsoft sedang merancang untuk mengurangkan kos pelesenan sehingga 70% untuk Windows 8.1.

Ia dikatakan pengurangan ini hanya untuk pengeluar komputer sahaja, dan menyasarkan untuk peranti berharga rendah sahaja. Langkah ini dikatakan merupakan salah satu usaha untuk terus menarik hati pengeluar, disamping bersaing dengan Chromebook daripada Google.

Perkara ini juga dikatakan sebagai salah satu usaha untuk menarik lebih ramai pengeluar menawarkan peranti pada harga mampu, dan terus mengukuhkan kedudukan Microsoft dalam arena perkomputeran.

Microsoft belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berkaitan dengan perkara ini buat masa ini.


TIPS & ULASAN