Adakah Ini Jam Tangan Dan Telefon Baru Daripada Huawei?

Adakah Ini Jam Tangan Dan Telefon Baru Daripada Huawei?

Diterbitkan pada Feb 23, 2014 oleh .

Huawei pada Mobile World Congress 2014 ini dijangka akan memperkenalkan jam tangan pintar mereka, disamping beberapa peranti baru mereka. Menariknya, seperti biasa pihak @evleaks menerbitkan sebuah gambar, memperlihatkan kemungkinan untuk peranti baru daripada Huawei.

WoW-Wei

Daripada gambar yang diperlihatkan, jam tangan pintar Huawei dilihat seperti beberapa gelang kecergasan, tetapi turut dilihat boleh memperlihatkan notifikasi panggilan padanya.

Disamping itu, pada gambar yang tertiris ini juga, sebuah telefon pintar disertakan, yang mana secara kasarnya dilihat menyerupai telefon pintar daripada HTC. Ia tidak diketahui lagi sama ada ia merupakan telefon pintar baru daripada Huawei ataupun sebaliknya.


TIPS & ULASAN