Google Bakal Hadir Dengan Jam Tangan Pintar – Dikeluarkan Oleh LG

Google Bakal Hadir Dengan Jam Tangan Pintar – Dikeluarkan Oleh LG

Diterbitkan pada Feb 23, 2014 oleh .

Google sedia bekerjasama dengan beberapa syarikat pengeluar dalam mengeluarkan telefon dan tablet berjenama Nexus. Kini, ia dilihat, Google turut sama akan memperluaskan kerjasama tersebut untuk pengeluaran jam tangan pintar mereka.

WIMM Labs

Spekulasi ini telah sedia kedengaran sejak daripada tahun lepas, apatah lagi dengan pihak Google mengambil-alih syarikat WIMM Labs pada tahun lepas.

Mengikut desas-desus terkini, Google dilihat akan memperkenalkan jam tangan pintar mereka pada acara Google I/O yang dijadualkan pada tarikh 25 dan 26 Jun tahun ini. Ia dikatakan Google bekerjasama dengan LG dalam bekerjasama untuk mengeluarkan jam tangan pintar ini.

Mengikut beberapa spekulasi sebelum ini, jam tangan pintar Google kelak akan mengintegrasikan sokongan Google Now, memperlihatkan notifikasi dan info yang diperlukan tepat pada namanya. Mungkin kita akan melihat ia menjalankan sistem operasi Android, sekaligus membuka ruang kepada lebih banyak pengeluar untuk hadir dengan jam tangan pintar berasaskan platform Google.


TIPS & ULASAN