Kemaskini Windows 8.1 Akan Datang Bakal Memfokuskan Pengguna Tanpa Skrin Sentuh

Kemaskini Windows 8.1 Akan Datang Bakal Memfokuskan Pengguna Tanpa Skrin Sentuh

Diterbitkan pada Feb 23, 2014 oleh .

Sejak pengenalan Windows 8 tempoh hari, ramai pengguna desktop dan komputer tanpa sokongan skrin sentuh tidak begitu menyukainya. Mendengar mengenainya, kini Microsoft dilihat bakal memperkenalkan kemaskini Windows yang dioptimasikan untuk mereka.

Windows Update

Pada masa yang sama, pihak Microsoft turut mengatakan yang mana mereka turut akan hadir dengan pengoptimasian untuk peranti dengan spesifikasi rendah, termasuk sokongan serendah 1GB RAM dan juga ruangan storan serendah 16GB.

Selain itu, Microsoft turut berkongsi mengatakan kemaskini Windows 8.1 kelak akan turut menyertakan butang carian dan butang kuasa pada skrin Start – seperti mana yang pernah tertiris sebelum ini. Sokongan memulakan aplikasi terus daripada taskbar juga akan disertakan pada kemaskini tersebut kelak.

Sejak Windows 8 dilancarkan, sebanyak lebih 200 juta lesen telah dijual seluruh dunia, dan kebanyakkan peranti baru yang hadir hari menggunakan skrin sentuh untuk memudahkan penggunaannya.


TIPS & ULASAN