Pengeluar telefon pintar berasaskan Windows Phone boleh dikatakan masih sedikit pada hari ini. Terkini, Microsoft turut berkongsi mengenai penambahan rakan kerjasama mereka, sekaligus memperlihatkan lebih banyak peranti Windows Phone akan hadir pada tahun ini.
Berkongsi pada acara khas, Microsoft memperlihatkan beberapa nama baru yang akan menyertai pengeluaran peranti Windows Phone, dan antaranya adalah ZTE, LG, Lenovo, serta turut bekerjasama dengan pihak Foxconn.
Microsoft juga turut mengatakan yang mana Windows Phone akan turut menyokong Snapdragon 200, Snapdragon 400, serta sokongan dwi-SIM pada peranti mereka.