Cari @ Amanz

Pengenalan peranti boleh-pakai daripada Huawei bukanlah sesuatu yang baru, dimana hari ini bersempena dengan acara Mobile World Congress, pihak Huawei telah memperkenalkan gelang tangan pintar mereka dinamakan sebagai TalkBand B1.

Huawei TalkBand B1

TalkBand B1 ini membolehkan ia dihubungkan ke telefon pintar menggunakan Bluetooth atau NFC. Ia hadir dengan skrin OLED bersaiz 1.4-inci yang memperlihatkan beberapa notifikasi, menyertakan sokongan melihat panggilan telefoni, dan hadir dengan bateri yang bertahan sehingga 6 hari. Ia turut menyediakan aksesori khas berbentuk earpiece yang boleh digunakan untuk menjawab panggilan dengan lebih mudah.

Ia turut hadir dengan beberapa aktiviti yang mencatatkan kecergasan, seperti langkah perjalanan kaki, menilai corak tidur, dan beberapa yang lain.

Huawei TalkBand B1 ini menyokong peranti yang menjalankan Android 2.3 dan terkini, serta iOS 5.0 dan terkini.

Harga untuknya tidak diketahui lagi, dan dijangka akan dipasarkan bermula di China pada bulan hadapan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd