Huawei Memperkenalkan Tablet Dengan Kamera 13-Megapixel – Huawei MediaPad X1

Huawei Memperkenalkan Tablet Dengan Kamera 13-Megapixel – Huawei MediaPad X1

Diterbitkan pada Feb 23, 2014 oleh .

Huawei MediaPad X1Selain jam tangan pintar mereka, pihak Huawei turut sama memperkenalkan tablet terbaru yang dinamakan sebagai Huawei MediaPad X1. Menurut Huawei, mereka agak lambat menyertai dunia persaingan tablet, tetapi tidak ingin ketinggalan didalamnya.

Huawei MediaPad X1 membawakan rekaan berasaskan aluminium sepenuhnya, serta menyertakan skrin bersaiz 7-inci dengan paparan 1200×1920 FHD LTPS.

Spesifikasi lain yang turut dikongsikan adalah penggunaan cip pemprosesan 1.6GHz empat-teras, bateri 5000mAh yang bertahan sehingga 21 hari – atau 5 hari dengan penggunaan penuh, kamera belakang 13-megapixel Sony Exmor RS BSI, kamera hadapan 5-megapixel dan menggunakan Android 4.2 Jelly Bean.

Beberapa fungsi khas turut disertakan, dimana salah satunya adalah sokongan “Voice Photo” yang membolehkan pengguna merakamkan gambar dengan audio 10 saat, serta boleh dikongsikan ke Facebook dan WeChat.

Huawei MediaPad X1 akan diperkenalkan ke beberapa pasaran utama bermula bulan Mac 2014 ini.


TIPS & ULASAN