Huawei MediaPad M1 Diperkenalkan – Tablet Dengan Rekaan Seumpama HTC One

Huawei MediaPad M1 Diperkenalkan – Tablet Dengan Rekaan Seumpama HTC One

Diterbitkan pada Feb 23, 2014 oleh .

Huawei hari ini turut memperkenalkan satu lagi tablet baru daripada mereka, dimana secara kasarnya, dari segi rekabentuk ia dilihat menyerupai telefon pintar HTC One yang dibesarkan saiznya.

Huawei MediaPad M1

Huawei MediaPad M1 merupakan tablet bersaiz 8-inci dengan paparan 800×1280 pixel, menyertakan dwi-speaker pada bahagian hadapan, cip pemprosesan empat-teras 1.6GHz, bateri berkapasiti 4800mAh, dan dilengkapi kamera hadapan 1-megapixel dan kamera belakang 5-megapixel.

Tablet ini turut hadir dengan sokongan rangkaian LTE yang membawakan sokongan kelajuan muat-turun sehingga 150Mbps. Fungsi telefoni dan SMS turut hadir pada peranti ini, disamping menggunakan antaramuka Emotion UI 2.0.

Huawei MediaPad M1 dijangka akan dipasarkan pada suku pertama tahun ini. Namun, tarikh pengenalannya di Malaysia masih tidak diketahui sepenuhnya buat masa ini


TIPS & ULASAN