Alcatel Memperkenalkan Beberapa Peranti Berasaskan Firefox OS

Alcatel Memperkenalkan Beberapa Peranti Berasaskan Firefox OS

Diterbitkan pada Feb 23, 2014 oleh .

Pada tahun lepas, pihak Alcatel sedia memperkenalkan salah satu telefon berasaskan Firefox OS. Hari ini, bersempena dengan Mobile World Congress, pihak Alcatel turut menambah koleksi siri peranti Firefox OS mereka dengan memperkenalkan empat peranti baru.

Alcatel OneTouch Fire S

Yang menjadi tarikan utama adalah Alcatel OneTouch Fire S, yang mana membawakan elemen rekaan peranti Alcatel pada peranti Android, disamping menyertakan sokongan 4G LTE bersama-sama dengannya.

Dari segi spesifikasi, ia menggunakan skrin bersaiz 4.5-inci, cip pemprosesan empat-teras 1.2GHz, memori 1GB RAM, dan kamera 8-megapixel pada bahagian belakang, serta kamera hadapan 2-megapixel.

Peranti ini sekaligus membawa Firefox OS ke setapak kehadapan, dimana ia tidak lagi eksklusif untuk peranti dengan spesifikasi asas sahaja.

Alcatel OneTouch Fire E

Selain Fire S, satu lagi telefon yang diperkenalkan adalah Alcatel OneTouch Fire E. Ia membawakan saiz skrin yang menyerupai Fire S, cip pemprosesan dwi-teras 1.2GHz, memori 512MB RAM, kamera belakang 5-megapixel dan kamera hadapan VGA.

Alcatel OneTouch Fire C

Mengekalkan sokongan untuk peranti dengan spesifikasi asas adalah Alcatel OneTouch Fire C. Ia menggunakan skrin bersaiz 3.5-inci, cip pemprosesan dwi-teras 1.2GHz, memori 512MB RAM, dan kamera belakang VGA.

Selain keluarga telefon pintar, Alcatel turut memperkenalkan tablet dengan Firefox OS, dinamakan sebagai Alcatel OneTouch Fire 7. Ia dilengkapi dengan skrin bersaiz 7-inci, menggunakan cip pemprosesan dwi-teras 1.2Ghz, dua kamera VGA dan dikatakan Alcatel sebagai peranti konsep sahaja buat masa ini.

Buat masa ini, ia masih tidak diketahui lagi berkenaan bilakah pihak Mozilla dan Alcatel akan memperkenalkan telefon pintar mereka untuk pasaran Malaysia.


TIPS & ULASAN