1.8 Juta Pengguna Baru Dilaporkan Menyertai Telegram Messenger Hari Ini

1.8 Juta Pengguna Baru Dilaporkan Menyertai Telegram Messenger Hari Ini

Diterbitkan pada Feb 23, 2014 oleh .

Pengumuman pengambil-alihan WhatsApp oleh Facebook membuatkan beberapa aplikasi permesejan lain menerima keuntungan, apabila pengguna mula mencari beberapa alternatif lain. Salah satu yang memperlihatkan penambahan pengguna yang drastik adalah Telegram.

Berkongsi melalui Twitter, Telegram mengatakan sebanyak 1.8 juta pengguna baru menyertai perkhidmatan tersebut dalam tempoh sehari, sekaligus membuatkan mereka bersedia dengan sokongan pelayan yang mampu menampungnya.

Telegram menyediakan aplikasi mereka untuk beberapa platform, selain turut menawarkan perisian desktop melalui bentuk alpha.

Apa pun, boleh dikatakan WhatsApp masih memenangi perlumbaan aplikasi permesejan, apatah lagi ramai yang menggunakannya dan memudahkan pengguna berinteraksi dengan rakan-rakan mereka dengan mudah.

Persaingan dalam arena permesejan boleh dikatakan agak meningkat naik akhir-akhir ini, apatah lagi dengan pelbagai gergasi internet dari Asia yang hadir dengan perkhidmatan permesejan mereka, termasuk pengambil-alihan yang berlaku dalam arena ini.


TIPS & ULASAN