Cari @ Amanz

Selain daripada beberapa peranti baru yang diumumkan bersempena dengan MWC 2014, tidak ketinggalan juga info mengenai peranti baru yang tertiris ke arena web. Melalui @evleaks, hari ini gambar peranti Nokia Lumia 630 tertiris ke arena web.

lumia-630-tertiris-web

Daripada gambar yang tertiris, ia menunjukkan sokongan butang kawalan maya atas-skrin – salah satu fungsi baru yang akan hadir pada Windows Phone 8.1.

Spesifikasi berkenaan peranti ini masih tidak diketahui lagi, tetapi berkemungkinan besar ia merupakan telefon pintar dengan spesifikasi pertengahan daripada Nokia – seperti Lumia 625 sebelum ini.

Telefon pintar Lumia 630 ini mungkin akan diperkenalkan oleh Nokia dalam masa beberapa bulan lagi, selari dengan pengenalan Windows Phone 8.1 kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd