Carian
MediaTek Memperkenalkan Cip Pemprosesan ARM 64-bit – MT6732
February 24, 2014 Aman

Dengan perlumbaan sengit dalam arena peranti mudah-alih, salah satu perkara yang turut menjadi fokus utama adalah cip pemprosesannya. Kini, pihak MediaTek dilihat terus menambah tawaran mereka dengan mengumumkan cip 64-bit mereka.

MediaTek

Cip pemprosesan 64-bit pertama mereka adalah MediaTek MT6732 yang mana membawakan kkuasa pemprosesan empat-teras 1.5Ghz. Ia dikatakan direka berdasarkan kepada Cortex A53 dan dikatakan menyokong set arahan ARMv8. Cip ini turut hadir dengan sokongan Mali-T760 GPU daripada ARM yang menyokong API grafik moden seperti OpenGL ES 3.0 dan OpenCL 1.2.

Beberapa sokongan lain yang turut disertakan adalah sokongan rangkaian LTE, Bluetooth 4.0 dan beberapa yang lain.

Untuk makluman, cip MediaTek sentiasa digunakan pada peranti yang disasarkan kepada negara-negara membangun, dan juga peranti-peranti yang berharga rendah.

Peranti yang menggunakan cip pemprosesan ini dijangka akan hadir ke pasaran sekitar awal tahun 2015 kelak.

Komen