Huawei E5786 – “MiFi” Terpantas Di Dunia Daripada Huawei

Huawei E5786 – “MiFi” Terpantas Di Dunia Daripada Huawei

Diterbitkan pada Feb 24, 2014 oleh .

Huawei hari ini telah memperkenalkan beberapa peranti baru, dimana selain telefon pintar dan juga tablet, mereka turut hadir dengan sebuah MiFi yang dinamakan sebagai Huawei E5786.

Huawei E5786

Huawei mengatakan E5786 sebagai MiFi dengan akses kelajuan internet paling laju – membawakan sokongan rangkaian LTE yang menawarkan kelajuan muat-turun sehingga 300Mbps dan muat-naik sehingga 100Mbps.

Ia juga turut menawarkan sokongan sambungan sehingga 10 peranti menggunakan rangkaian WiFi-nya.

Menariknya, selain daripada tawaran akses internet, peranti tersebut juga turut boleh digunakan untuk mengecas peranti anda ketika kecemasan.

Huawei E5786 ini bakal dipasarkan bermula pertengahan tahun kedua 2014 ini.


TIPS & ULASAN