Selepas memperlihatkan teaser ringkas semalam, hari ini pihak Lenovo telah memperkenalkan tablet terbaru mereka di Mobile World Congress, dinamakan sebagai Yoga Tablet 10 HD+.
Tablet ini dilihat masih mengekalkan tiga moda penggunaan berbeza, iaitu “Hold, Tilt, Stand” – sesuai untuk penggunaan biasa atau untuk tujuan menikmati multimedia.
Lenovo Yoga Tablet 10 HD+ ini adalah kemaskini kepada tablet Yoga yang pernah diperkenalkan pada tahun lepas. Ia membawakan skrin bersaiz 10-inci dengan resolusi 1920×1200 pixel, cip pemprosesan 1.6GHz Snapdragon 400, memori 2GB RAM, dwi-stereo pada bahagian hadapan, kamera 8=megapixel di belakang, dan kamera 1.6-megapixel di hadapan.
Tablet ini selain memfokuskan kepada paparan skrin, ia turut hadir dengan beberapa aplikasi khusus daripada Lenovo yang mana turut ditawarkan melalui Google Play Store.
Yoga Tablet 10 HD+ ini bakal dipasarkan oleh Lenovo bermula bulan April kelak. Buat masa ini, tarikh pasti untuk pelancaran pasaran Malaysia masih tidak diketahui lagi.