Cari @ Amanz

Selain daripada tablet berasaskan Android, pihak Lenovo turut sama mengumumkan tiga telefon pintar baru mereka, iaitu S860, S850 dan juga S660. Ketiga-tiganya akan memasuki pasaran bermula bulan Jun 2014 ini.

Lenovo S860

Yang paling berkuasa antaranya, Lenovo S860 membawakan skrin bersaiz 5.3-inci dengan paparan HD, memori 2GB RAM, cip pemprosesan empat-teras. Lenovo turut menekankan kepada masa bertahan yang lama, menawarkan masa bercakap sehingga 24 jam, sekaligus dikatakan disasarkan kepada mereka yang menggunakan telefon pintar sepanjang masa. Telefon pintar ini turut menyertakan sokongan dwi-SIM, memori 2GB RAM, dan sokongan rangkaian 4G.

Lenovo S850

Lenovo S850 pula membawakan sedikit perbezaan dengan S860, membawakan binaan berasaskan kaca, selain dilengkapi cip pemprosesan MediaTek, kamera belakang 13-megapixel dan kamera hadapan 5-megapixel.

Lenovo S660

Menyertai keluarga telefon Lenovo pada harga mampu-milik adalah Lenovo S660, yang mana membawakan skrin bersaiz 4.7-inci IPS dengan resolusi 540×960 pixel, cip pemprosesan 1.3Ghz MediaTek, kamera belakang 8-megapixel, dan memori 1GB RAM.

Ia tidak diketahui lagi bilakah ketiga-tiga peranti ini akan memasuki pasaran tempatan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd