Nokia 220 Diperkenalkan – Peranti Mampu-Milik Daripada Nokia

Nokia 220 Diperkenalkan – Peranti Mampu-Milik Daripada Nokia

Diterbitkan pada Feb 24, 2014 oleh .

Nokia hari ini turut mengumumkan telefon mampu-milik terbaru daripada mereka, dinamakan sebagai Nokia 220. Nokia 220 membawakan peranti pada harga sekitar 29 Euros (RM131). Peranti ini mempunyai skrin LCD sebesar 2.4″ QVGA dan mempunyai aplikasi Facebook dan Twitter terbina. Terdapat dua versi Nokia 220 yang akan dijual iaitu versi satu ataupun dwisim. Kamera utamanya sebesar 2 Megapixel dan mampu mengambil video pada resolusi 320×240 pixel. Ia turut membawa sokongan penambahan memori dalaman sehingga 32 Gigabyte menerusi kad mikroSD.  Menurut Stephen Elop lag,i 220 mempunyai ketahanan bateri 970mAh yang mampu bertahan sehingga sebulan.

Nokia 220

 


TIPS & ULASAN