Cari @ Amanz

Nokia hari ini secara rasminya mengumumkian telefon pintar mereka berasaskan kepada Android, dinamakan dengan nama keluarga Nokia X. Dua telefon diperkenalkan, iaitu Nokia X dan juga Nokia X+.

Nokia X

Nokia X

Nokia X

Nokia X dan X+ ini membawakan skrin bersaiz 4-inci. Menariknya, ia menyertakan pelbagai perkhidmatan Microsoft, dan juga beberapa aplikasi daripada Nokia. Membezakan kedua-duanya adalah dari segi ruangan storan, dimana X+ membawakan sokongan kad-SD padanya.

Antara aplikasi yang di tawarkan terbina adalah Skype, Facebook, OneDrive, Outlook dan sebagainya.

Untuk pemasangan aplikasi, ia turut menyertakan Nokia Store – koleksi aplikasi yang dikawal oleh Nokia, disamping membolehkan pengguna memasang Yandex.Store dan sebagainya.

Nokia X

Nokia X

Nokia X

Menariknya mengenai Nokia Store adalah ia turut menyokong pembayaran melalui bil prabayar dan pascabayar – tanpa perlu menggunakan kad kredit. Beberapa aplikasi popular telah pun sedia terdapat pada Nokia Store hari ini.

Nokia turut menekankan yang mana mereka menggunakan Android Open Source Project, dan mengintegrasikan ia dengan mendalam bersama-sama beberapa perkhidmatan Microsoft dan bukannya Google. Namun, penggunaan Android memberikan akses jutaan aplikasi Android kepada pengguna mereka.

Dari segi antaramuka pula, ia mengambil elemen utama Lumia, dan menyertakan sebuah antaramuka khas dinamakan sebagai FastLane. Fungsi quick access turut disediakan – dimana pada panel sama ia membolehkan pengguna mengubah antara satu SIM antara yang lain dengan mudah.

Nokia X akan dijual bermula suku tahun ini pada harga 89 Euro, sementara Nokia X+ pula akan ditawarkan pada harga 99 Euro. Nokia XL, peranti bersaiz 5-inci daripada Nokia pula akan ditawarkan pada harga 109 Euro.

nokia-x

Nokia X

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd