Nokia XL Hadir Dengan Skrin 5-inci Dan Kamera 5-Megapixel

Nokia XL Hadir Dengan Skrin 5-inci Dan Kamera 5-Megapixel

Diterbitkan pada Feb 24, 2014 oleh .

Selain dua telefon pintar Android daripada Nokia, mereka juga turut mengumumkan satu lagi telefon pintar dengan skrin bersaiz 5-inci. Ia masih mengekalkan pelbagai elemen yang sama dengan Nokia X dan juga Nokia X+ seperti diumumkan sebelum ini.

Nokia XL

Ia menyertakan kamera belakang 5-megapixel dengan LED Flash, dan kamera hadapan 2-megapixel. Peranti ini dilihat lebih memfokuskan kepada mereka yang mengemarkan multimedia.

Salah satu permainan yang disertakan dengan Nokia XL adalah Plant vs Zombies 2. Nokia turut mempertontonkan aplikasi HERE Maps pada peranti ini, yang menunjukkan kemudahan pencarian lokasi dan peta menggunakan peranti ini. Sokongan offline turut disertakan untuk HERE Maps ini.

Nokia XL

Pembelian peranti ini juga turut hadir dengan panggilan percuma Skype selama sebulan dan ruangan storan 10GB percuma di OneDrive.

Telefon pintar ini akan dijual pada harga 109 Euro (~RM492) bermula suku kedua 2014 ini.


TIPS & ULASAN