Sony Xperia Z2 Diperkenalkan – Hadir Dengan Sokongan Rakaman 4K

Sony Xperia Z2 Diperkenalkan – Hadir Dengan Sokongan Rakaman 4K

Diterbitkan pada Feb 24, 2014 oleh .

Selain Nokia, pihak Sony turut mengambil pentas utama hari ini dalam memperkenalkan beberapa peranti mereka, dan salah satunya adalah telefon pintar Xperia Z2.

Sony Xperia Z2

Secara kasarnya, ia tidak membawakan perbezaan drastik berbanding Xperia Z1S sebelum ini. Namun, ia menyertakan beberapa perubahan dari segi perisian yang terbina pada telefon berkenaan.

Xperia Z2 membawakan skrin bersaiz 5.2-inci dengan paparan 1080p Triluminos Display, cip pemprosesan Snapdragon 801, memori 3GB RAM, dan bateri berkapasiti 3200mAh.

Untuk kamera, ia menyertakan lensa-G f/2.0 dengan sensor 20.7-megapixel Exmor RS. Menariknya, melalui kamera ini ia membawakan sokongan rakaman resolusi 4K pada kadar 30fps. Peranti ini akan hadir dengan Android 4.4.2 KitKat yang mana menyertakan beberapa fungsi baru bersama-sama dengannya.

Telefon pintar ini dijangka akan dipasarkan oleh Sony sekitar bulan Mac kelak. Untuk pasaran Asia Tenggara, pihak Sony akan mengadakan sebuah acara khas pada 5 Mac ini, dan mungkin kita akan mendengar lebih lanjut mengenainya pada tarikh tersebut.


TIPS & ULASAN