Cari @ Amanz

Samsung bersempena dengan Mobile World Congress hari ini, telah memperkenalkan peranti terbaru mereka yang dinantikan ramai, iaitu Samsung Galaxy S5. Samsung mengatakan mereka memfokuskan kepada empat perkara utama untuk peranti ini, iaitu rekabentuk, kamera, perhubungan, dan juga kehidupan.

Samsung Galaxy S5

Samsung Galaxy S5 membawakan sokongan LTE Cat.4 dan juga WiFi MiMO yang mana membawakan sambungan rangkaian yang laju untuk pengguna mereka.

Samsung Galaxy S5

Samsung Galaxy S5

Untuk bahagian kamera pula, pihak Samsung menyertakan sokongan AF pantas, HDR, dan beberapa yang lain. Selain itu, ia juga turut menyertakan beberapa aplikasi khas untuk membolehkan pengguna kekal cergas dari hari ke hari. Aplikasi ini boleh digunakan bersama-sama dengan peranti Gear daripada Samsung.

Seperti desas-desus sebelum ini, Samsung Galaxy S5 menyertakan sokongan kalis air dan juga debu IP67. Sokongan Samsung Knox yang disertakan bersama-sama untuk keselamatan dan juga sekuriti.

Samsung Galaxy S5

Samsung Galaxy S5

Samsung dalam memberikan kuasa bateri yang lebih lama, mereka turut menyertakan sebuah mod khas untuk menjimatkan bateri – sekaligus menawarkan masa penggunaan yang lebih lama.

Bersama-sama dengan pengenalan Galaxy S5, pihak Samsung turut sama memperkenalkan tambahan satu lagi peranti boleh-pakai mereka, dinamakan sebagai Gear Fit.

Samsung Galaxy S5

Samsung Galaxy S5

Samsung Galaxy S5

Samsung Galaxy S5

Samsung Galaxy S5


Bercakap mengenai rekabentuk, pihak Samsung mengatakan mereka membawakan rekaan yang selesa pada tangan, dan bahagian belakang yang lembut untuk dipegang. Selain rekabentuk peranti, pihak Samsung turut sama mengemaskini rekaan antaramuka telefon pintar mereka.

Secara kasarnya, ia dilihat Samsung menggunakan antaramuka dengan rekaan warna mendatar yang menjadi trend akhir-akhir ini. Ikon-ikon pada peranti juga turut dilihat diberikan nafas baru oleh Samsung.

Galaxy S5 menggunakan skrin bersaiz 5.1-inci HD penuh Super AMOLED untuk paparan yang baik, dan hadir dengan sokongan Local CE yang dioptimasikan mengikut keadaan persekitaran anda secara automatik. Sebagai contoh, ia akan lebih terang pada keadaan cerah, dan sedikit malap ketika keadaan gelap.

Samsung Galaxy S5

Samsung Galaxy S5

Samsung Galaxy S5

Galaxy S5 menggunakan bateri berkapasiti 2800mAh yang menawarkan masa pelayaran web sehingga 10 jam ataupun masa memainkan video sehingga 12 jam.

Untuk bahagian kamera pula, pihak Samsung menyertakan Fast AutoFocus, HDR dan juga fokus pilihan. Samsung mengatakan telefon mereka menyertakan sensor 16-megapixel dengan cipset khas yang menawarkan gambar rakaman yang lebih baik berbanding sebelumnya. Fast AF dilaporkan menawarkan masa rakaman sepantas 0.3-saat melalui Galaxy S5.

Samsung juga turut menyertakan sokongan rakaman HDR pada peranti Galaxy S5 mereka, yang mana bukan hanya terhad kepada gambar, tetapi turut sama boleh digunakan pada video.

Samsung Galaxy S5

Samsung Galaxy S5

Samsung Galaxy S5

Untuk Selective Focus pula, pengguna boleh membuat fokus kepada gambar mengikut kesukaan mereka dengan mudah, sekaligus menjadikan hasil rakaman lebih menarik lagi.

Dari segi sokongan rangkaian pula, pihak Samsung menyertakan sokongan rangkaian WiFi generasi kelima mereka, iaitu WiFi MIMO 802.11ac. Selain daripada itu, pihak Samsung turut menyertakan sebuah sokongan baru dinamakan sebagai Download Booster yang membolehkan anda memuat-turun dengan lebih pantas berbanding kebiasaan.

Samsung turut menekankan yang mana penggunaan peranti bukan terhad kepada penggunaan suatu cuaca sahaja, dan kini membawakan sokongan kalis air dan debu IP67. Namun, ia hanya sekadar kalis air sahaja, dan tidak boleh direndam untuk masa yang lama di dalam air.

Untuk membolehkan pengguna menggunakan peranti untuk lebih lama, Samsung menyertakan sebuah fungsi dinamakan sebagai Ultra Power Saving Mode, yang mana akan mengubah skrin ke warna hitam dan putih, serta mematikan semua fungsi dan hanya mengaktifkan panggilan telefon dan SMS sahaja.

Samsung mengatakan apabila bateri berada dibawah tahap 10%, peranti tersebut boleh digunakan sehingga 24 jam lagi apabila mod ini diaktifkan.

Untuk tujuan keselamatan, pihak Samsung turut menyertakan sokongan pengimbas cap jari, yang mana boleh digunakan untuk tujuan pembayaran menggunakan peranti mudah-alih. Sokongan pengimbas cap jari juga turut boleh mengaktifkan Private Mode yang memaparkan dokumen dan gambar yang hanya eksklusif untuk jari anda sahaja.

Kids Mode turut disertakan pada Galaxy S5, untuk memudahkan pengguna memberikan peranti mereka kepada anak-anak kecil mereka dengan sebuah mod khas dan akses terhad kepada mereka.

Selain pengimbas cap jari, pihak Samsung turut mengintegrasikan sensor untuk memantau aktiviti jantung pada bahagian bawah kamera belakang peranti berkenaan.

Sebuah aplikasi dinamakan sebagai Lifestyle Coach turut disediakan yang menawarkan aktiviti yang bersesuaian dengan anda untuk menjadikan hidup anda lebih cergas dan sihat.

Beberapa aksesori turut disediakan, selain mana Galaxy S5 turut hadir dengan sokongan pengecasan tanpa wayar. Melengkapkannya lagi adalah Samsung Galaxy Gift yang menawarkan beberapa kandungan dan aplikasi secara percuma untuk pelanggan Samsung.

Samsung Galaxy S5 akan dilancarkan kepada umum pada 11 April di lebih 120 buah negara seluruh dunia. Seperti Galaxy S4, kita mungkin akan dapat melihat ia turut diperkenalkan di Malaysia pada masa yang sama.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd