Cari @ Amanz

Seperti Galaxy S5, pihak Samsung turut menekankan kepada lima elemen utama pada Samsung Gear 2. Untuk Gear 2, beberapa perubahan rekabentuk sekaligus menjadikannya lebih menarik.

Salah satu perubahan yang dibawa adalah dimana bahagian kamera dan mikrofon telah diubah kepada kerangka asal jam tangan, sekaligus membolehkan pengguna untuk mengubah tali jam tangan pintar mereka mengikut kegemaran mereka.

Sebuah butang Home turut disertakan untuk membolehkan pengguna kembali ke skrin utama dengan hanya satu klik.

Samsung Gear 2

Untuk tujuan notifikasi pula, pengguna boleh mendapat pelbagai notifikasi aplikasi daripada permesejan kepada panggilan dan sebagainya – serta termasuk untuk tujuan kecergasan.

Gear 2 juga turut memfokuskan kepada sokongan muzik, membolehkan pengguna mendengar dan mengawal muzik lebih aktif menggunakannya.

Gear 2 turut sama menyertakan sebuah LED Infrared tersendiri yang membolehkan pengguna mengawal televisyen melalui WatchOn.

Gear 2 juga turut hadir dalam beberapa variasi, dimana sebuah alternatif untuk Gear 2 berharga murah adalah Gear 2 Neo. Sokongan peranti yang menyokong Gear 2 juga turut ditambah berbanding sebelum ini.

Pihak Samsung turut sama mengatakan yang mana Gear 2 membawakan sokongan kalis air dan debu IP67.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd