Samsung Gear Fit Diperkenalkan Untuk Mereka Yang Ingin Kekal Cergas

Samsung Gear Fit Diperkenalkan Untuk Mereka Yang Ingin Kekal Cergas

Diterbitkan pada Feb 25, 2014 oleh .

Samsung sebelum ini telah memperkenalkan Gear 2 dan juga Gear 2 Neo. Menambah keluarga tersebut, Samsung turut sama memperkenalkan Samsung Gear Fit hari, sekaligus menambah lebih banyak peranti boleh-pakai mereka.

Samsung Gear Fit

Samsung Gear Fit membolehkan anda melihat mesej, SMS, panggilan telefoni dan beberapa yang lain. Pada masa yang sama, pengguna juga turut boleh menggunakannya untuk mengira langkah perjalanan mereka, disamping menggunakannya untuk tujuan kecergasan.

Samsung Gear Fit menggunakan skrin Super AMOLED yang melengkung padanya, yang membolehkan pengguna mengawalnya menggunakan skrin sentuh pada gelang tangan mereka.

Samsung Gear Fit

Seperti Gear 2, pengguna turut boleh mengubah strap pada Gear Fit mengikut kegemaran mereka. Beberapa aksesori berbentuk strap turut disediakan oleh Samsung untuknya.

Gear Fit dikatakan menyokong lebih 20 peranti Galaxy, yang memudahkan pengguna menghubungkannya dan melihat pelbagai notifikasi dari peranti mereka dengan pantas.

Melengkapkan Gear Fit adalah sokongan sensor untuk jantung – membolehkan pengguna untuk melihat reaksi jantung dan tubuh mereka mengikut aktiviti sukan dan kecergasan mereka.


TIPS & ULASAN