Cari @ Amanz

Mungkin tidak ramai pengguna Facebook yang menggunakan perkhidmatan emel dengan akhiran @facebook.com dengan aktif. Perkara ini membuatkan pihak Facebook bakal menamatkan perkhidmatan emel mereka tidak lama lagi.

Facebook Emel

Perkhidmatan emel daripada Facebook telah diperkenalkan lebih kurang tiga tahun yang lepas, membolehkan pengguna untuk menghantar dan menerima emel dan mesej melalui perkhidmatan laman sosial tersebut. Namun, paparan mesej di Facebook sendiri yang tidak menyokong beberapa fungsi asas emel membuatkan ia kurang menerima sambutan berbanding perkhidmatan emel lain.

Ia dikatakan Facebook akan forward emel yang diterima ke alamat @facebook.com ke emel asal sesuatu pengguna, dan bagi mereka yang tidak berminat boleh mematikan fungsi tersebut.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd