Cari @ Amanz

Samsung Galaxy S5
Pemproses Snapdragon 801 Empat-teras 2.5Ghz
RAM 2 GB
Muatan Dalaman 16 GB (sokongan Mikro-SD)
Kamera 16MP utama / 2.1MP hadapan
Skrin 5.1-inci 1080p Super AMOLED
Bateri 2800 mAh
Lain-lain Heart Rate Sensor, Kalis Air IP67

Bagi yang mengikuti acara Samsung Unpacked pada awal pagi tadi, semestinya sedia mengetahui akan telefon pintar baru yang dibawakan Samsung, iaitu Galaxy S5. Kami yang menghadiri acara pelancaran berkenaan telah berpeluang menghabiskan sedikit masa menggunakannya.

Rekabentuk

Samsung Galaxy S5 membawakan rekaan ikonik untuk peranti Samsung, tetapi membawakan sedikit perbezaan pada bahagian belakang. Kerangka belakang kini membawakan rekaan yang agak menarik dan lebih selesa pada tangan. Kerangka belakang Samsung Galaxy S5 masih boleh dibuka untuk memasukkan kad-SIM. Kami tidak diberikan peluang untuk membukanya memandangkan alat penggera keselamatan terpasang pada bahagian belakang, dan tidak ketahui akan berkenaan dengan kedudukan mikro-SD pada bahagian belakang.

Samsung Galaxy S5

Samsung Galaxy S5

Walaupun mengekalkan rekaan Samsung, apa yang menariknya bagi kami adalah sokongan kalis air daripada Samsung pada Galaxy S5 ini. Namun, pengguna masih tidak boleh merendamnya ataupun menggunakan ia dalam air seperti telefon pintar daripada Sony.

Antaramuka

Samsung Galaxy S5 masih menggunakan Touchwiz, tetapi pihak Samsung dilihat telah membawakan beberapa perubahan padanya. Antaranya adalah penggunaan ikon dengan rekaan warna mendatar pada bahagian menu akses pantas, dan juga pada halaman tetapan.

Pada halaman lain, menu asal masih dikekalkan. Bagi kami, ia dilihat sedikit pelik untuk penggunaan dua rekaan ikon berbeza pada peranti tersebut, dan mungkin akan lebih menarik sekiranya ia menggunakan sepenuhnya rekaan ikon baru.

SGS5 TouchWiz

samsung-gs5_02

SGS5 TouchWiz

SGS5 TouchWiz

samsung-gs5_05

SGS5 TouchWiz

Kamera

Samsung Galaxy S5 dilengkapi dengan kamera 16-megapixel pada bahagian belakang yang mana menyertakan sokongan rakaman video 4K, kebolehan menambah efek pada gambar, rakaman video HDR, dan juga fungsi baru dinamakan Selective Focus.

Berkemungkinan kebanyakkan fungsi kamera ini tidak digunakan pengguna, namun ia sesuatu yang menarik untuk melihat Samsung menyertakan dan menambah baik salah satu aplikasi yang sering di akses pengguna.

Fungsi Baru

Samsung Galaxy S5 menyertakan beberapa fungsi baru bersama-sama dengannya. Pertamanya adalah pengimbas cap jari.

Pengimbas cap jari Samsung Galaxy S5 terletak pada bahagian butang Home. Pengguna boleh mengaktifkannya dan menggunakannya dalam mengakses peranti anda, ataupun mengakses kepada fail-fail peribadi dan sulit milik anda.

Disamping itu, pengimbas cap jari juga dilihat boleh digunakan untuk tujuan pembayaran, dan nama PayPal dilihat membawakan sokongan untuknya.

Samsung Galaxy S5

Selain pengimbas cap jari, pihak Samsung turut menyertakan sensor untuk mengetahui kadar degupan jantng anda – yang mana ia diletakkan pada bahagian bawah kamera. Sensor ini membolehkan ia memantau kesihatan anda secara tidak langsung melalui aplikasi S-Health.

Samsung juga turut menyertakan sokongan akses internet yang pantas melalui integrasi LTE. Menariknya, fungsi Download Booster menarik perhatian kami – yang mana melaluinya pengguna boleh menggunakan rangkaian LTE dan WiFi mereka pada masa yang sama untuk memuat-turun data.

Bagi mereka yang sentiasa risau akan dengan masa penggunaan bateri yang pendek, Samsung cuba mengatasinya dengan fungsi Ultra Power Saving Mode. Dengan mengaktifkannya, ia akan mengubah semua paparan kepada warna hitam putih, dan mematikan pelbagai aplikasi anda. Pengguna hanya boleh menggunakan beberapa fungsi asas, dan menurut Samsung ia mampu bertahan sehingga 24 jam apabila kadar bateri mencapai 10% dan mod tersebut diaktifkan.

Fungsi-fungsi Samsung lain yang dilihat turut hadir ke peranti ini adalah termasuk KidsMode dan juga S-Note.

DSC_0142

Samsung Galaxy S5

Samsung Galaxy S5

Penjualan

Samsung bakal mula menjual telefon pintar Galaxy S5 ini di pasaran seluruh dunia bermula 11 April 2014 ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd