(MWC 2014) Sony Xperia Z2

(MWC 2014) Sony Xperia Z2

Diterbitkan pada Feb 25, 2014 oleh .

Sony Xperia Z2
Pemproses Snapdragon 801 Empat-teras 2.3Ghz
RAM 3 GB
Muatan Dalaman 16 GB (sokongan Mikro-SD)
Kamera 20.7MP utama / 2.2MP hadapan
Skrin 5.2-inci 1080p Triluminous
Bateri 3200 mAh
Lain-lain Kalis Air dan Debu

Sony Xperia Z2Pada acara Mobile World Congress yang diadakan di Barcelona minggu ini, pihak Sony Mobile telah memperkenalkan telefon pintar keluarga “Z” generasi terbaru mereka, dinamakan sebagai Sony Xperia Z2.

Rekabentuk

Sony Xperia Z2 secara kasarnya mengekalkan pelbagai elemen rekaan seumpama keluarga “Z” sebelum ini, dan masih mengekalkan sokongan kalis air dan debu seperti sebelumnya. Berbeza dengan peranti Galaxy S5, telefon pintar Sony Xperia Z2 boleh digunakan dalam air, dan butang fizikal kamera membolehkan pengguna membuat rakaman gambar dan video didalam air menggunakannya.

Sony Xperia Z2

Kamera

Seperti telefon pintar mereka sebelum ini, Sony masih kekal memfokuskan kepada bahagian kamera. Sony Xperia Z2 menyertakan kamera 20.7-megapixel, dan kemaskini perisian yang disertakannya membolehkan pengguna merakamkan video dengan kadar resolusi 4K menggunakan peranti berkenaan. Dengan gabungan kalis air, ia sekaligus membuatkan Xperia Z2 sebagai salah satu telefon pintar yang menyokong rakaman 4K didalam air.

Beberapa aplikasi tambahan untuk kamera turut disertakan, seperti Creative Effect, Vine dan beberapa yang lain.

Fungsi Baru

Dengan kemaskini perisian dan menjalankan Android 4.4 KitKat, pihak Sony turut menyertakan beberapa sokongan baru bersama-sama dengannya.

Pada dialer, kini Sony menyertakan Automattic Answering Machine, yang mana membolehkan menjawab panggilan secara automatik dan disesuaikan dengan senario pengguna. Disamping itu, pihak Sony turut menyertakan fungsi dwi-tap untuk mengaktifkan skrin – memudahkan pengguna mengakses peranti apabila menggunakannya dengan sebelah tangan.

Sony Xperia Z2 turut menyertakan dua pilihan antaramuka, yang mana salah satunya adalah antaramuka asal Xperia, dan satu lagi dinamakan sebagai Simple Home dan disasarkan kepada mereka yang baru ingin menggunakan telefon pintar serta mereka yang berusia.

Sony Xperia Z2

Perubahan juga dilihat pada bahagian Quick Settings, dimana ia kini dibahagikan dengan menu notifikasi.

Sony turut sama menyertakan sebuah lagi aplikasi tambahan dinamakan sebagai Whats New yang menunjukkan pelbagai filem, aplikasi, muzik dan kandungan percuma melaluinya. Pengguna turut boleh mengaksesnya dengan menekan butang “Home” untuk seketika, dan mengakses melaluinya.

Sony Xperia Z2

Satu lagi perkara yang kami perasan adalah Sony menyertakan aplikasi Garmin NAVIGON bersama-sama telefon pintar Xperia Z2 ini.

Pelancaran Rasmi

Buat masa ini, tarikh pelancaran rasmi masih tidak diumumkan pihak Sony. Namun, Sony Mobile bakal mengadakan sebuah acara khas pada 5 Mac kelak, dan mungkin mereka akan berkongsi maklumat lanjut berkaitan dengan peranti berkenaan untuk pasaran tempatan pada tarikh tersebut.


TIPS & ULASAN