SPARCS : Peluru Berkamera Splinter Cell Kini Realiti

SPARCS : Peluru Berkamera Splinter Cell Kini Realiti

Diterbitkan pada Feb 25, 2014 oleh .

Splinter Cell ialah permainan komputer yang digilai oleh peminat permainan komputer yang memerlukan kesabaran dan kecekapan menggunakan teknik stealth. Antara senjata yang digunakan bagi menewaskan musuh ialah Sticky Cam, peluru berkamera yang ditembak menggunakan raifal SD 20K dan SC 3000 milik Sam Fisher. Sticky Cam membolehkan pemain peninjauan tanpa perlu mendedahkan diri mereka kepada musuh.  Peluru berkamera ini kini menjadi realiti dan ianya dicipta oleh ST Technology, sebuah syarikat senjata yang berpengkalan di Singapura. Ia diberi nama  Soldier Parachute Aerial Reconnaissance Camera System (SPARCS) dan adalah peluru bom sebesar 40 mm.

Ianya ditembak menggunakan pelancar bom dan selepas ditembak akan turun secara perlahan-lahan menggunakan payung terjun. SPARCS dilengkapi kamera mini yang akan menghantar gambar secara terus kepada askar berdekatan. Menurut ST Technology sistem SPARCS adalah lebih murah berbanding menggunakan pesawat tanpa pemandu dan ianya juga lebih senyap. Di masa hadapan setiap askar di medan perang akan mempunyai sistem paparan kepala seakan Google Glass yang dipakai pada helmet mereka. Sistem SPARCS boleh memberikan mereka pandangan terkini medan perang bagi memudahkan mereka mencari cara terbaik untuk menyerang posisi musuh.

Sparcs1

sparcs-1 Sumber Spectrum


TIPS & ULASAN