Cari @ Amanz

Bersempena dengan Mobile World Congress, pihak BlackBerry turut tidak ketinggalan dimana mereka telah pun memperkenalkan peranti baru mereka berasaskan BlackBerry 10, iaitu BlackBerry Z3 – turut dikenali dengan nama kod “Jakarta” sebelum ini.

BlackBerry Z3

BlackBerry Z3 membawakan sokongan skrin sentuh sepenuhnya, dan hadir dengan sokongan rangkaian 3G. Ia menggunakan skrin bersaiz 5-inci, dan pihak BlackBerry mengatakan melalui penggunaan BlackBerry 10.2.1, ia menawarkan masa penggunaan bateri yang lama.

BlackBerry Z3 merupakan peranti pertama hasil kerjasama BlackBerry dan juga Foxconn. Peranti ini bakal dipasarkan bermula di Indonesia pada bulan April kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd